Saturday, September 17, 2011

SPM .. SPM .. SPM ..



Salam ... yeah .. 2nd entry .. 
huaaaaaa  ~ stress ... spm da na mari ... aq ta jmput ko dtg pon .. :( ... apa bley wt la an .. ready ke aq ??? hmm .. tepuk dada tanya selera ... 
aq jd trtarik nan satu entri hamba allah nieyh . 


Tak penting lah ujian spm tu da abis ke belum . Yang penting cara kita hadapi ujian tu dan bagaimana kita menjawab soalan tersebut dan tunggu pula keputusannya. Kalau ada jodoh, alhamdulillah.. Tapi kalau ta ? Janganlah berputus asa. Sebab bangkit daripada kegagalan itu lebih baik daripada berjaya tanpa hadapi kegagalan.

Hidup niyh pun macam SPM . Kalau SPM ,  kita kena belajar bersungguh-sungguh untuk dapatkan keputusan terbaik. Umumnya, ramai mengetahui kita perlu menuntut ilmu untuk dapatkan ilmu. Tanpa ilmu, macam mana nak jawab periksa kan ? Tapi kalau hidup pula macam mana ? Kita perlu solat untuk dapatkan keredaan Allah swt . Solat tu kan tiang agama. Sebab solat tu perkara pertama yang disoal oleh Allah swt pada akhirat kelak . Kalau SPM, kita tak tahu soalan pertama yang akan dia tanya . Tak macam hidup ni . Belum akhirat lagi, kita dah tahu soalan bocor untuk soalan pertama . Senang la na jawab kalau kita dah bersedia . Tapi berapa ramai yang bersedia?

Nak berjaya perlukan pengorbanan . Kebanyakan orang, sanggup tidur lambat demi nak berjaya. Macam kawan-kawan aku, ramai yang ta cukup tidur sebab na belajar .   Sama juga dengan kehidupan ni . Tak salah rasanya kalau kita berkorban sedikit . Amar makruf , nahi munkar .  Amalkan kebaikan , jauhi kemungkaran. Nampak mudah an ? Kita kena berusaha sebab Usaha Itu Tangga Kejayaan!

Bagi mereka yang Islam, kita digalakkan untuk tidak kedekut Ilmu .  Sebarkan ilmu anda . Selagi ilmu anda digunakan ,  selagi itu anda mendapat pahala tanpa henti . Insya-Allah , keputusan peperiksaan SPM pun mesti gempak ! Kalau hidup ,  Allah swt menggalakkan kita bersedekah kepada mereka yang memerlukan . Kan dapat pahala. Ikhlas ke ta ikhlas, anda masih dapat pahala tetapi adalah lebih baik kalau kita ikhlas bersedekah .

Ada pula sanggup berlapar sebab nak belajar. Ta nak buang satu saat pun demi SPM ! Hebatnya ! Macam tu juga kehidupan . Rajin-rajinkanlah berpuasa . Selain menyedarkan kita tentang keperitan mereka yang sering kelaparan, kita dapat menyihatkan tubuh badan kita. Duit belanja pun boleh simpan! Kalau perempuan , bolehlah pergi SHOPPING ! Bagi yang lelaki, boleh guna untuk duit minyak motor !

Tetapi ta semua orang akan menggunakan usaha yang sama .  Semuanya ada cara masing-masing. Bila tengok keputusan tak bagus  , semua orang mesti cakap, "Yelah .. Dia pandai.. Aku bodoh ." ibu aku selalu pesanjangan anngap diri nieyh bodoh . Sebenarnya, yang membezakan antara semua manusia dalam dunia ini ialah usaha . Macam hidup ini juga . Jangan pula cakap, "Dia alim, aku tak.." Alim ke tak , Allah swt tidak memandang semua itu. Allah swt memandang ke arah usaha dan keikhlasan kita untuk menghadapi ujian akhirat kelak .
 

 Sebagai contoh , dahulu seorang pelacur sedang memakan roti ketika berjalan pulang ke rumahnya . Dia terlihat seekor anjing kelaparan lalu diberikan roti miliknya kepada anjing tersebut. Allah swt memasukkannya ke dalam syurga .
Satu lagi contoh ialah ketika seorang wanita sentiasa beribadat kepada Allah swt . Tidak pernah lekang menunaikan ibadat kepada-Nya . Namun kenapa dia dimasukkan ke neraka? Ini kerana dia meninggalkan tanggungjawabnya terhadap suami dan anak-anaknya .

Sebab itu, orang selalu kata, "Biar study smart, jangan study hard!" Jangan belajar gila-gila ketika seminggu sebelum SPM padahal sebelum ni enjoy sahaja tanpa tengok buku ! Jangan pula masa dah masuk kubur ,  baru hendak bertaubat .  Bagaimana hendak mendapat keputusan terbaik kalau itu yang kita lakukan . Biar sedikit usaha asalkan berterusan bak kata pepatah, 'Sikit-sikit lama-lama jadi bukit .'

Sebelum SPM , kita mesti jalani Trial SPM . Trial SPM ni macam ujian dalam kubur . Naik gila rasanya bila tak dapat jawab Trial . Kalau soalan dekat kubur , soalan pertama dia senang je. Aku rasa sesiapa pun boleh jawab bila kat dalam dunia ni . Tapi kat dalam kubur? Wallahualam . Soalan pertama akan ditanya oleh Malaikat Munkar dan Nangkir iaitu Siapakah Tuhanmu ? Memang senanglah nak jawab... bagi mereka yang BERIMAN! Kalau Trial SPM, memang senang nak jawab...bagi mereka yang BERUSAHA!

Bila kita hendak berjalan ke arah pintu dewan adalah seperti kita berjalan di Padang Masyhar . Panasnya Padang Masyhar seolah-olah matahari terletak sejengkal daripada kepala kita hingga berpeluh satu badan . Risaunya kita hendak menghadapi SPM sampai berpeluh-peluh satu badan .

Tiba pula kita menghadap kertas SPM . Tengok soalan pertama , dah mula menggigil . Masya-Allah , susahnya soalan! Lain pula tiba akhirat nant i. Kita menghadap Allah swt . Tibanya soalan pertama tentang solat kita ketika di dunia ! Senang je soalannya . Solat cukup ke tak .. Tapi adakah kita yakin untuk menjawab sedangkan tubuh badan kita yang berfungsi untuk menjawabnya ? Kalau SPM , kita perlu penuhkan otak dengan ilmu . Kalau kehidupan , kita perlu penuhkan tubuh badan kita dengan ibadat .

Dah habis SPM , tiba saatnya kita akan menghadapi keputusannya . Adakah baik ataupun tidak ? Bagi yang baik , pasti mudah mereka hendak meneruskan jalan kehidupan untuk masa akan datang . Bagi yang tidak ? Mungkin akan terus tersungkur ataupun akan bangkit dan akhirnya, menjalani kehidupan yang baik . Selepas amalan kita dihitung oleh Allah swt , kita perlu meneruskan perjalanan kita di tali Siratul Mustaqim . Kalau di bawahnya , terdapat api neraka yang sangat dasyatnya sedangkan di hadapan , terdapat syurga yang amat indah. Keputusannya terletak atas usaha kita di dunia .

Ada yang mengatakan SPM ialah penentu masa depan kita . Ada juga mengatakan amalan di dunia ialah penentu akhirat kita . Tidak ada bezanya . Siapa kata mudah untuk berjaya ? Memang tak mudah tetapi tidak mustahil ! Jangan berputus asa . Contohi syaitan. Walaupun diorang memang jahat tetapi mereka tidak pernah berputus asa . Insya-Allah, sesiapa pun boleh berjaya..  



huhuhu ... superb abis enrty hamba allah nieyh ... so ,, psanan kpd diri aq sndiri ,, renung2 an dan selamat beramal ... ^_^ 


IBU AYAH DAN SEMUA FAMILY MEMBERS , DOAKAN IKA ERK .. MDH2 AN IKA BAWAK BALIK KEJAYAAN .. KAWAN2 YG AQ SAYANG ,, GAMBATE .. KASI GEGAR ITU SEKOLAH ..

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum :)
Jgn lupa leave comment kt snie :)
Have A nice Day :)