Friday, September 30, 2011

Hidup 60 tahun tapi sembahyang hanya setahun !


Dalam sehari kita diwajibkan bersolat 5 waktu. Subuh (2 rakaat), Zohor (4), Asar (4), Maghrib (3) dan Isyak (4). Jadi berapa rakaat kita solat setiap hari? Jawapannya 17 rakaat.

Ok, berapa lama masa kita ambil sehari utk bersolat bagi setiap waktu? Katakanlah setiap rakaat kita ambil masa 2 minit, darab 17 rakaat bersamaan 34 minit. So, jumlah sehari bersamaan 24 jam. Cuma 34 minit sahaja kita perlu menyembahNya! Cuba kira berapa lama kita berbual dengan rakan kita dalam sehari?

Ok, kita kira lagi dalam julat mingguan pulak….seminggu ada 7 hari..jika sehari kita perlukan 34 minit, seminggu kita perlukan 238 minit sahaja masa utk bersolat!!. Bandingkan pulak masa kita bershopping dan sebagainya…Lebih kan?

Bagaimana pulak dengan sebulan? Ok, sebulan ada 4 minggu jadi 238 minit tadi didarabkan dengan 4 jumlahnya 952 minit sebulan!!!

Kalau setahun? 952 minit sebulan tadi, darab dengan 12 bulan hanya bersamaan 11,424 minit!!! Jika kita tukarkan pula kepada mode jam, bererti hanya 190.4 jam setahun kita perlu bersolat! Jika ditukarkan pula kepada mode hari, kita hanya perlu solat dalam setahun hanya 7.93 hari utk mengadap yang Maha Esa!!!

Sekarang kita ambil dari segi usia pula….Kita ambil secara purata 60 tahun. Tolak 10 tahun, iaitu masa kita awal akil baligh, bermakna tinggal 50 tahun usia kita betul?

Sekarang cuba bayangkan dalam tempoh 50 tahun tu, berapa jam masa yang kita perlukan untuk kita bersolat sepanjang hidup kita?

Tadi kita telah memperolehi 190.4 jam setahun, jadi darabkan dengan 50. Jawabnya hanya 9,520 jam untuk tempoh 50 tahun. Bila ditukarkan kepada hari, ia menjadi 396.7 hari, iaitu lebih kurang 1.1 tahun sahaja berbanding kita hidup selama 50 tahun!!! Bayangkan dalam jangkamasa itu kita perlukan setahun lebih sahaja untuk bersolat!!!

Sebenarnya terlalu sedikit masa yang diminta oleh Allah S.W.T untuk kita menyembahNya berbanding kenikmatan hidup yang telah diberikanNya sepanjang kita bernafas di muka bumi ini. Masa anda melancong, berhibur, tidur dan berbual-bual kosong tentulah berganda-ganda jumlahnya berbanding solat 5 waktu. Jadi jangan bazirkan hidup kita dengan perkara yang sia-sia.



Ya Allah ampunkan hamba-hamba mu ini ..

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum :)
Jgn lupa leave comment kt snie :)
Have A nice Day :)